Projek Berimpak Tinggi



PROGRAM TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN (TKPM)

PENGENALAN

Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dicadangkan sebagai satu strategi di bawah Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) untuk menggalakkan pelaksanaan projek pertanian secara berskala besar, komersil dan berteknologi tinggi oleh usahawan termasuk sektor swasta.


KONSEP PELAKSANAAN PEMBANGUNAN PROGRAM TKPM

Konsep Pembangunan TKPM melibatkan kerjasama Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pengusaha seperti berikut:-

-Kerajaan Negeri bersetuju menyediakan tanah dan digazetkan sebagai projek TKPM;
-Kerajaan Persekutuan menyediakan infrastruktur asas dan pengurusan di bawah landasan MOA Inc.;
-Usahawan dan syarikat swasta terlibat dalam pengeluaran tanaman makanan (melalui sewaan lot yang disediakan)


MATLAMAT/OBJEKTIF PROGRAM TKPM
  • Mewujudkan zon pengeluaran tanaman makanan kekal
  • Membantu meningkatkan pengeluaran makanan negara yang mapan dan berkualiti
  • Membangunkan dan meningkatkan penglibatan usahawan-usahawan dalam bidang pengeluaran tanaman makanan secara komersil
  • Meningkatkan pendapatan bersih peserta kepada sekurang-kurangnya RM 3,000 sebulan
  • Menggalakkan dan meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam pengeluaran tanaman makanan


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN TKPM

  • Peserta berpengalaman dan terlatih
  • Mempunyai minat dan kesungguhan
  • Mempunyai modal dan sanggup meminjam
  • Mempunyai sikap ‘terbuka dan positif'
  • Sanggup mematuhi peraturan-peraturan yang  ditetapkan oleh Jabatan Pertanian

0 comments:

Post a Comment